Tuesday, July 21, 2009

Mentor-mentee.. anak-anak bertuahku... Semoga berjaya dalam SPM!

Hari ni perjumpaan dengan mentee-mentee ku... anak-anak didik yang akan dibasuh .. :)
Atas dari kiri : Maria Renang, Miss Lynx, Ziana Sari.
Bawah dari kiri : Francis, Ting Ting Pink, Andrew Siba.
"Getting to know day".. :)
Perkara yang paling penting ku sentuh adalah strategi jadual harian yang berkesan dan target! Hope they will achieve their target. Nasihatku dalam pelajaran kita kena kreatif mencari fokus diri agar pembelajaran menjadi lebih berkesan. Jangan belajar je, menatap buku 24 jam, kita ni mesti ada rehat dan riadah...mesti ada masa untuk kita buat sesuatu dihujung minggu, seperti contoh melakukan apa sahaja hobi yang positif yang boleh menaikkan semangat diri agar kita lebih fokus dan ceria semasa mengulangkaji pelajaran. kita mesti mencuba pelbagai kaedah dalam pembelajaran agar tidak boring. Belajar sendiri, belajar dalam kumpulan, tusyen, belajar melalui internet dan pelbagai kaedah lagi. Bukan apa, dari pemerhatianku, ada diantara anakku ni, mengadu cepat boring, cepat hilang tumpuan. Ada yang komplen, pengajaran cikgu tidak memberi kesan kepadanya. Ku nasihatkan janganlah kita menyalahkan orang lain, cuba sedaya upaya mengikut kreativiti agar subjek yang dirasa boring tu menjadi menarik. Semuanya bertitik tolak dari diri kita sendiri.... dan sentiasa ingat kepada matlamat mereka - "Strive to excell in SPM!" .
Wahai anak-anakku, "dimana ada kemahuan, disitu ada jalan" "where there is a will, there is a way" Doaku agar mereka berjaya. Teringat kata2ku sebelum keluar kelas siang tadi.......
"Angelyana...
"Jangan baca majalah,
Bacalah buku sekolah,
Jangan macam-macam
Awak nak SPM...."

No comments:

Post a Comment